Video Clip Competition KMPh

kmph-mr-hazimkamaruzaman

 

Nak cita sikit ni pasal pertandingan video clip sempena minggu english kat KMPh. Aku dapat tawu pasal video ni lebih kurang 28 januari, then dia tulis deadline dia 14 februari. Tema simple je “1 college 1 dream” berminat nak masuk. Kebetulan minggu before deadline tu aku balik Johor, plan nak buat dekat joho lah video tu. Tapi paham paham lah bila dah balik johor, semua lupa. Tak ingat langsung aku masuk pertandingan video tu hahaha teruk betul.

Naik kolej 9 feb, and aku baru teringat pasal video. Deadline 14, aku macam dah lemah semangat dah nak buat. Bile aku pegi kat meja cikgu yang uruskan competition tu, dia kata deadline dah di panjangkan sampai 18 feb next week. Aku tanye raja, member aku. Dia on je kalau nak buat video tu. Aku ape lagi terus daftar, masa tu nama aku dengan raja je yang daftar, syarat dia nak at least 4 orang. Balik bilik aku ajak lah roomate aku nash dengan wijdan, nampak pulak arif roomate depan aku, aku pun ajak jela diorang 3 masuk sekali. Okay syarat dah cukup 3 orang.

Masa dah extand dah ke 18 haribulan, tapi aku still buat donno. Busy gile dengan kerja cikgu bagi semua. Takde masa nak pikir video ni sangat. Plan nak buat hujung minggu, hmm haram tak buat pun, hahaha video nak kene hantar hari selasa ni. Hari ahad tu aku bole outing lagi, hahaha lastly ahad malam isnin tu aku siap kan semua kerja kerja untuk isnin dengan selase tu, aku nak fokus buat kerja. Then aku decide dengan team aku isnin petang tu kitorang pegi shooting video sikit. Video ni tak lame mane, 3 minit je. Haaa

Kitorang buat video pasal sport. Hahaha petang tu semua buat keputusan untuk satu sukan, aku dengan wijdan amik sukan basikal, nash dengan arif amik tennis, raja amik bola sepak. Petang tu semua pegi pinjam alat sukan masing masing, shoot video sikit. Hahaha esok nak hantar, harini baru start. Tu lah aku.

Abis shoot dalam pukul 7 lebih lepas magrib. And the worst thing bile dapat tawu malam tu ada kelas bisnes -,-‘ aku nak hantar video esok, malam tu bole pulak ade kelas. Kelas tetap kelas, video tetap video. Tapi aku pegi kelas tu kejap je, datang tanda tangan, keje sikit blah. Hahaha aku dah deal nak pinjam laptop bobby, sebab dia kata laptop dia ada movie maker, sekali aku pinjam bukak, TAKDE ! bole bayang ae macam mane keadaan aku malam tu, dah pukul 10 kalau tak silap aku masa tu. Aku macam nak give up dah buat video tu. Ika pun tolong usaha nak carikan aku laptop. Cari punye cari, lastly jumpe. Laptop azri.

Jangan leceh, aku terus on laptop dia buat video tu. Start dalam pukul 12 malam kot, aku dengan raja je tinggal, teamate yang lain dah syahid(tido). Buat punye buat punye edit, sampailah pukul 3 lebih baru siap. Ngntok bapak ! hahahaha banyak dugaan aku masa buat video tu, ika lah tempat dengar semua rintihan aduan aku malam tu. Hahaha dia teman aku sampai kol 2 lebih pastu dia tertido hahaha kata nak teman tapi tido dulu. Hahaha lawak ika ni. Then, Raja je teman aku buat video malam tu. Siap video terus lepak tido.

Video dah siap, tinggal nak burn je. Esok pagi aku call teacher kata aku hantar video tu petang sebab ade sikit nak edit letak nama team. Tengah hari tu aku nak burn video tu dalam CD, sekali nak burn, dia kata CD yang nash bagi tu tak bole gune. WOI ! masa tu pukul 2 lebih dah wei, mane nak cari CD -,-‘ masa tu raja pegi kelas, kat bilik tinggal aku dengan wijdan. Mati aku wei. Mati akal aku kat bilik tak tawu nak buat ape dah. Hahaha last plan, pegi CC. cC tu dah la jarang bukak, bukak ikut suka dia je. Kira nasib ah ni. Aku siap siap pegi CC, alhamdulillah cc bukak. Aku masuk terus kata nak burn video. Bagi uncle tu pendrive aku, dia burn ke cd. Perghh ! lega dia tak bole bayang dok macam mane, kau bayangkan kalau CC tak bukak? Tak macam sia sia ape aku buat selamani? Hahaha

Siap cd tu aku masuk kelas BI, lambat setengah jam lebih aku masuk. Hahaha nak buat macam mane, demi video. Hahaha petang tu aku siap buat cover untuk cd tu, memang terbaik ah kan. Abis kelas aku pegi hantar video tu kat teacher, teacher bukak video tu depan aku dengan raja, malu wei malu. Keje satu hari, bayangkan macam mane. Hahaha Tapi yang terbaiknya, teacher kata kami profesional. Mane taknya siap buat cover CD. Dah macam kat kedai. Hahaha

Aku abis tawakal dah masa tu, bayangkan lah buat tak sampai satu hari. Aku cerita kat puan Anis, dia pun tekejut, dia kata kalau dia tak buat dah. Hahaha raja dengan teamate lain, ika yang suport aku buat, so buat jela. Hahaha kalau aku sorang dah tak buat dah. Hahaha 20 feb, lepas dua hari hantar video tu. Aku dapat mesej “Hazim, congratulation! Your group has won the third priza in video clip competition. You need to be in Dewan Mat Kilau at 1.30pm on Saturday for reheasel of prize-giving ceremony……bla bla bla” aku menang wei ! hahaha siapa sangka, video tak sampai satu hari pun aku bole menang. Hahahaha

Perasaan masa tu, perghhh happy gila, rasa puas gile menang. Thankz kat member2 yang support kerjasama untuk video ni. Especially raja ah kan. Haha kay lah tu je cite dia. Bye Assalamualaikum

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s