Kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan Sukan

  1. Melicinkan proses PdP – Teknologi harini dikatakan dapat membantu kita dalam melancarkan sesi PdP kerana ianya dapat berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Sebagai contoh jika seorang guru itu hendak mengajar tentang sukan bola sepak. Guru itu hanya perlu menaip “bola sepak” pada google dan semua maklumat tentang bola sepak dapat diperolehi disana. Maka jelaslah bahawa teknologi hari ini dapat membantu melincinkan proses PdP di sekolah.
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan wang – Dengan penggunakan teknologi, sesi PdP masa kini di sekolah akan lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Guru kini tidak lagi perlu meluangkan masa di perpustakaan hanya untuk mencari maklumat tentang sesuatu maklumat, mereka hanya perlukan internet dan computer untuk mencarinya. Ianya sekaligus dapat menjimatkan tenaga dan wang ringgit mereka. Dan masa yang lebih bolehlah digunakan oleh mereka untuk melakukan lain-lain aktiviti yang lebih bermanfaat.
  3. Melibatkan pelbagai deria pelajar – Teknologi seperti tayangan video di makmal komputer pada hari ini akan lebih berkesan berbanding sesi pembelajar yang berada di kelas dan guru hanya berdiri bercakap dan menggunakan papan hitam untuk menulis. Ianya akan lebih menarik jika elimen teknologi dimasukkan dalam pendidikan pada zaman ini. Kerana penggunaan teknologi visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Maka dengan itu sesi PdP akan lebih berkesan dan menarik minat pelajar untuk belajar.
  4. Bahan tahan lama dan boleh disimpan – Jika kita membandingkan penggunaan teknologi dan penggunaan bahan mengajar seperti kertas dan lain-lain dalam isu menyimpan maklumat, pastinya teknologi merupakan pilihan utama kerana sebab utamanya adalah bahan yang tahan lama dan boleh disimpan. Seperti yang kita sedia maklum, jika kita hanya menyimpan maklumat dalam sekeping kertas, lambat laun ianya akan pudar dan hilang, tetapi jika kita letakkan maklumat itu dalam elimen teknologi seperti Google Drive, ianya tidak akan hilang malah kita lebih mudah untuk menyebarkan kepada orang lain.
  5. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar – Di era globalisasi ini, bukan sahaja remaja, malah pelajar yang baru bersekolah juga telah terdedah dengan penggunaan teknoogi seawal umur 12 tahun lagi. Maka tidak hairanlah jika kita perlu melakukan kelainan kepada kaedah atau cara kita mengajar dengan menggunakan teknologi sebagai platform untuk kita mengajar. Hal ini dapat mengelakkan pelajar dari merasa bosan ketika belajar dan sebagainya. Maka jelaslah bahawa penggunaan teknologi dalam sektor pendidikan amatlah penting dalam membantu meningkatkan pendidikan.

 

Advertisements

One comment on “Kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan Sukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s