About Me

Assalamualaikum semua ! 🙂

Nama aku Mohamad Hazim Bin Kamaruzaman, pangil je azim, kalau nak manje sikit pangil ajim hehe 🙂 . Maksud nama aku sangat simple and sangat bermakna, thankz mak abah sebab bagi nama yang sangat bermakna ni. Okay Mohamad membawa maksud Yang terpuji, Hazim pulak bawa maksud tegas, cermat, bijak dan teliti.

Hmmm tegas? Ya! Aku mengaku yang aku ni memang seorang yang tegas dan kadang-kadang aku skema -,- hahahaha bagi aku skema tu bukan bermaksud POYO ke ape, bagi aku skema ni ialah  “DISIPLIN”. Kena ingat ! Displin sangat penting untuk Berjaya, percaya cakap aku. Tanyalah siapa-siapa yang dah Berjaya sebelum ni. Tanya diorang “penting tak disiplin ni untuk berjaya?” haaa pasti dan pasti diorang akan cakap penting !

Kedua Cermat? Hehe kalau kata cermat dalam menggunakan wang ringgit, aku rasa aku masih belum capai makna nama aku tu. Tapi kalau cermat dalam buat sesuatu perkara, ya ianya betul ! 😀

Okay now “Bijak” ? haaa yang ni no coment. Haha tapi aku memang nak jadi orang yang bijak, sapa tak nak kan? . Lastly Teliti? rasenye ni sama maksud dengan cermat tadi. Dalam buat suatu pekerjaan, aku rasa aku sanggat teliti dan kadang-kadang bole buatkan aku tersilap. Tu lah kekuranggan aku, ish-3..

Okay tukar topik, Aku lahir pada 15 ogos 1995 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Aku ni anak JOHOR tulen, takde celup celup hehe..Nama ayah aku Hj. Kamaruzaman Bin Ibrahim and mak aku pulak Hjh. Sa’adiah Bt Sadari. Mak abah aku merupakan orang yang sangat hebat, serious, nanti aku akan cerita tentang mak abah aku. Confirm korang akan kagum. Kalau aku fikirkan balik, aku yang muda ni belum tentu bole buat macam mana mak abah aku buat. Nantikan ae cerita pasal family aku?

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-5

Ni lah ayah aku 🙂 haaa dia seorang yang sangat sangat baik hati, pemurah, penyayang. Bapa yang tak kan aku dapat cari ganti. Semoga Allah berikan kesihatan untuk abah 🙂 amin…

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-6

Ni lah dia mak aku 🙂 seorang yang berfikiran jauh, berwawasan dan sangat penyayang. Mak aku ni cool orangnye, orang baik dengan dia, dia baik dengan orang tu. Dia orang yang telus, no pendam pendam. hehe semoga Allah beri kesihatan untuk mak 🙂 amin..

Aku ade 4 orang adik beradik, Mohd Rafie(sulung), Mohd Zulfadli(Kedua), Nur Rasyidah(Ketiga) and lastly of course lah aku kan. Aku anak bungsu, tak manja, cume penyayang. cehhhh ! haha

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata

Okay ni abang sulung aku, nama Mohd Rafie, aku panggil dia APIT je. hehe. Abang aku yang ni dulu belajar di Cardiff University, United Kingdom dalam jurusan “mechanical Enginering”. But, now dia ialah seorang Website designer yang hebat ! proWordpress 😀 . Ramai kata muke aku sama dengan dia and ramai jugak yang cakap kitorang ni kembar. hehehe 😀 hensem kan dia? haaa tgok sape adik dia. kihkihkih… semoga bisnes abg aku semakin maju 🙂 amin

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-8

haaaa yang ni akak ipar aku 🙂 nama dia Siti Farhana, aku panggil kak Fana bulan. 😀 dia isteri kepada abang sulung aku. Tahun 2013 ni insyaAllah dijangka bulan 5 dia melahirkan seorang anak. Semoga di kurniakan anak yang baik. Semoga Allah permudah urusannya. aminn..

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-3

Ni abang aku yang ke dua, nama Zulfadli,aku panggil JOL, haha dia ni dulu belajar dekat Kolej Lagenda Mantin, Negeri Sembilan 🙂 haaaa muka ada macam model tak? haha muke dia ni lain sikit dengan aku and abang aku. Ramai kata yang muke dia ni manis sikit. wuuuu ! haha semoga rezeki abang aku ni semakin bertambah 🙂 amin..

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-2

cak !!! haha ni akak aku yang paling comel ! 😀 nama dia Nur Rasyidah, aku panggil NO je. hehe . Comel dia ni, macam adiknya. *krik krik krik.. dia ni sekarang tengah belajar dekat Yarmouk University,Jordan. tahun ni(2013) dia habis belajar 🙂 dia seorang yang sangat bermotivasi. Selalu ada untuk aku 🙂

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-4

hye ! ni lah aku. tak sehensem abang-abang aku, tak secomel akak aku, and tak sebaik mak abah aku 🙂 ape pun aku bangga kerana “aku adalah aku” Aku nak sangat belajar luar negara sana. Bile kerja nanti, nak ringgankan beban mak abah. Aku nak buat mak abah bangga dengan aku 🙂

mohamad-hazim-kamaruzaman-biodata-7

surprise !! haaa ni lah family aku 😀 sporting kan semua. comel masing-masing. hehehe 😀 Family Bahagia. aminn…

Okay now aku nak cerita sikit sebanyak tentang diri aku, actually aku ni seorang yang “pemalu” bukan sikit-sikit punye malu taw, tapi banyak. Lagi-lagi kalau berdepan dengan perempuan, fuhhhh ! serious “dupp dapp” jantung aku. Aku ni memang ada masalah nervous lebih. Haha But sometimes aku bole jadi seorang yang berani, bole kata kan sangat berani ! kalau aku rasa bende tu aku nak and bende tu penting, semua bende tak kan jadi halangan. Sebagai contoh, aku pernah nak jumpe family ex aku semata-mata untuk minta izin nak berkawan dengan dia, maksud aku kawan yang lebih serious. Pada aku bende ni sangat penting, family dia perlu kenal aku siapa dan aku pun perlu kenal family dia.

Hmmm Aku rasa tu je yang aku bole cite untuk page “biodata” aku ni. If ade sebarang pertanyaan tentang diri aku, korang bole tinggalkan comment kat bawah tu ataupun terus je berhubung dengan aku kay? And aku rasa kalau kau ikuti setiap yang ada dekat blog aku ni, korang akan kenal diri aku. Nak tahu sebab kenapa? Haaa ni yang best ! semua bende yang aku tulis, adalah sahih ! aku akan anggap blog aku ni sebagai diari aku dan aku akan kongsi semuanye dengan korang, pahit manis kelat masam masin semua ada.  Akhirkata dari aku “Salam ukhuwah fillah abadan abad.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s