Pengajian

Assalamualaikum semua !

mohamad-hazim-kamaruzaman-pengajian2

Satu hari nanti 🙂

“Pengajian” hmm dalam page ni aku akan ceritakan tentang pembelajar aku dari sekolah tadika sampai lah form 5. Aku buat page khas untuk bende ni sebab aku rasa, aku ni lain dari lain. Cehhh. Haha sekolah rendah aku pernah masuk ada 3, sekolah menegah jugak ada 3. Haaa banyak kan? Orang lain biasanye satu je. Aku sampai 3. So, memang lain dari orang lain. Hehe

TADIKA

Okay start dari sekolah tadika, aku mula masuk sekolah tadika masa umur 5 tahun. Nama tadika aku “Tadika Bahagia, Taman Rinting” ehem ehem tadika bahagia ni bukan macam Hospital Bahagia ae? Haha kawan aku bile aku cakap aku Tadika Bahagia, semua gelak. Ingat same macam Hospital Bahagia kot. Puihhh haha. Haaa ni yang malu sikit nak cerita, for your information hari pertama aku masuk tadika, aku menangis. Sedeh sebab mak aku nak tinggalkan aku dekat situ. Yelah dah biasa kan duduk bawah ketiak mak je. Tibe-tibe kene tinggal dekat tadika, haaa tak kejutan budaya namenye tu. Hehe puas cikgu pujuk aku, bagi aku pembaris lah, pemadam cartoon lah, ape lah, aku tetap nangis 😥 aku rasa ade lah  1 jam mak aku pujuk suruh masuk sekolah. But, lastly aku masuk jugak dengan muke yang masam. Hehe

Tu hari pertama, aku tak nak. Tengok lepas tu, aku dah kenal kawan ape semua. Aku orang pertama datang sekolah. Sekolah tak bukak lagi aku dah datang, hehe semangat kan aku 😀 Pengalaman sekolah tadika, percaya aku pernah tumbuk muke budak masa tu? Haha aku ada sorang kawan rapat, nama dia Izmie Syafiq. Rumah dia selang berapa rumah je dengan aku, dekat sangat, tiap petang aku keluar dengan dia. Aku dengan dia lah yang plan nak tumbuk budak tu. Aku pun tak ingat kenapa aku bole tumbuk budak tu. Tu lah kan, budak kecik, fikiran masih tak matang, entah-entah tak mumayis lagi -,- haha

SEKOLAH RENDAH

Okay now aku nak cerita pasal sekolah rendah pulak, masa aku darjah satu aku sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 (SKTR1) masuk sekolah rendah aku dah okay dah sebab aku dah kenal sikit budak-budaknya. Kire dah ade kawan lah. Haaa masa darjah satu, aku budak yang agak pandai, masuk kelas pertama, result kire okay lah. Aku rapat gile dengan cikgu kelas tu, selalu tolong dia angkat barang n so on. Tapi dekat dalam kelas, aku nakal, selalu kacau budak pompuan kat kelas aku. Pernah sampai mak budak perempuan tu jumpe aku dengan kawan aku. Haaa tu cerita dulu ah. Then aku rasa tu last aku kacau budak perempuan, serik ! aku bukan buat ape pon, budak tu yang gedik lebih nak mengadu dengan mak dia. Hahaha

Then masa  darjah 2, ada lah pengalaman pertama aku kene “lempang” dengan cikgu Bahasa melayu. Haaa tawu kenapa? Sebab markah bm aku sangat rendah. Fuhhh sakit sebenanye kene lempang, tapi berkat kene lempang tu, haaa next exam markah BM aku naik. Highest antara budak lelaki. Hahaha dekat kertas exam tu, aku siap buat note kat tepi, “cikgu, saya dah buat yang abis baik, harap cikgu puas hati” haa lebih kurang ah ayat dia. Berani kan aku buat note gitu. Hahaha pedulik ape aku, janji aku puas. Selamat exam tu aku dapat markah tinggi. Hehe

Then darjah 3, aku kene pindah sekolah 😦 masuk sekolah Taman Rinting 3 pulak, pindah sebab tak de orang nak jaga aku dekat rumah. Sedeh sebenanye nak pindah, tapi nak buat acaner, terpakse lah ikut jugak..kat sekolah tu ada 2 kelas je n aku kelas yang kedua. Mase aku masuk sekolah tu, aku jadi rajin sikit, sekolah baru kan. Haaa still tak de kawan, so bole fokus belajar. Mase exam akhir tahun darjah 3 tu, aku dapat anugerah, tapi aku tak naik pentas pun 😦 aku tak tawu yang aku dapat hadiah.. piala tu still ade lagi sampai sekarang. Haaa aku rase tu piala aku yang paling berharga masa tu 😀

Masuk je darjah 4, aku pindah balik sekolah Taman Rinting 1. Mase darjah empat ni aku kelas ke dua, aku dapat jawatan pengawas sekolah, ade sekali ni cikgu suruh aku baca doa untuk perhimpunan, tawu ape aku buat? Haha aku ponteng sekolah semata-mata taknak baca doa kat perhimpunan, tak pernah terpikir kat kepala aku nak baca doa depan orang ramai gitu. Haha lagi satu maybe sebab aku takut, 1st time kan. Lagi satu mase darjah empat ni lah aku paling banyak bergaduh, aku dengan kawan aku sorang ni name dia Mohamad Ain(boy) haa kitorang memang satu kepala, kadang-kadang gaduh dengan budak kelas, kadang-kadang dengan budak atas kitorang. Haihhhh -,- apelah nak jadi dengan aku mase tu. Tapi alhamdulillah kitorang ni gaduh je, tapi takde lah join budak-budak yang merokok or merempit. Kitorang gaduh pun rasanye sebab orang lain yang buat hal kot. Kitorang gaduh dalam sekolah je, luar sekolah kitorang baik 😀 biasalah, budak baru nak kenal dunia, dalam erti kata lain, budak baru nak naik haaaa. Sampai lah darjah lima, still dengan perangai yang sama.

Mase tahun tu aku ade tusyen dekat rumah sorang cikgu ni. Nama dia cikgu yam. Aku belajar dengan anak dia. Aku amik subjek math. Aku kalau math ni memang advance sikit. Kalau orang lain buat latihan peringkat 5, aku kene buat yang 6 punye. Haaa sampai satu hari ni, cikgu tu suruh hafal sifir taw. Budak-budak lain dapat hafal sifir 9, tapi aku kene hafal sifir 12 ! perghhh mane ade geram. Budak-budak ni senang ah, sifir 9 bole gune tangan, aku ni 12? Haaa amik kau. Dia kata tak hafal tak bole balik 😦 tiba masa nye, budak-budak lain pon jumpe cikgu tu baca sifir, yang aku ni still lagi menghafal -,- lepas sorang, sorang balik. Sampai lah tinggal aku sorang tak balik lagi kat rumah dia. Aku tengok  abang aku dah tunggu dah dekat luar. Aku sungguh-sungguh hafal. Lame gile aku hafal, tak masuk-masuk. Korang nak tahu? Lastly aku menangis 😦 ingat modal menangis tu dapat lah balik 😦 pun tak dapat. Erkkk kejammm ! hahaha lepas bape minit aku menangis, haaa akhirnya ! aku dapat jugak hafal sifir tu. Aku orang terakhir kot, budak lain semua silap-silap kat rumah dah tidor dah. Hmmm -,- tapi ! haaaa alhamdulillah, berkat aku hafal mase tu, sampai sekarang aku still bole ingat lagi. Haa tu lah, kuat mana kite usaha, kuat gitulah yang kita dapat. Kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan taw 😀 hehe okay abis cita pasal darjah 4&5.

Now  masuk darjah 6, aku kene pindah sekolah lagi 😦 banyak kali kan aku pindah? Dah macam masyarakat Badwi dah. Aku pindah Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih(SKTPP) aku pindah situ sebab tahun tu mak aku pindah rumah dari Taman Rinting ke Taman Bukit Dahlia, lagi satu sebab tahun tu mak aku niaga kantin sekolah tu. So senang lah sikit, pergi balik dengan mak aku. Tahun paling best ! Paradise katanye ! haha time rehat je, aku masuk kantin, makan sepuas hati. Biasalah, dah jadi anak cik kantin katanye. Ape yang aku nak makan, aku amik je. Tahun ni jugak badan aku kembang besar. Haha semakin besar !

Tahun ni aku UPSR, mak aku hantar aku pegi tusyen dekat rumah Abang Pit, cikgu mane entah aku pon tak tawu. Dekat tempat tusyen tu aku amik math, semua budak-budak pandai. Aku masuk sane, aku dapat kelas ke dua. Biasanya aku kelas pertama and antara student yang hadapan. Tapi kali ni terbalik. Budak Taman Pasir Putih yang tusyen situ semua pandai. Aku macam tersingkir pulak, biasenye aku yang menonjol. Ini tak ! 😦 satu hari, cikgu tusyen tu nak rombak kelas dia taw. Dia buat lah ujian. Before start ujian tu, dia kata “buat soalan yang tahu sahaja” haaa aku pun start buat. Aku rasa aku cume buat 32 daripada 40 soalan kalau tak silap aku. Masa semak kertas tu, cikgu kata aku dapat 32, semua yang aku buat betul. Aku kurang 8 markah pun sebab aku tak jawab. Haa 32 ni dah kira tinggi lah bagi aku. Jarang aku dapat tinggi gini. Lepas cikgu bagi-bagi markah, dia pon kata aku dapat join dengan budak-budak kelas depan, hmm dapatlah aku join budak-budak pandai tu hah.

Dah masuk kelas budak pandai, aku pulak rasa yang aku ni paling corot 😦 haihhh -,- ape pon tak bole. Tapi dari situ lah aku mula minat sangat dengan math ni. Bola katakan dekat rumah tu aku Cuma belajar subjek “math” sahaja. Subjek lain aku rasa aku just gitu-gitu je. Makin lama, aku rasa math aku makin “okay” and semakin okay. Aku dah tusyen dekat luar, tapi cikgu aku buat kelas dekat sekolah tu pun aku still join ! haha tusyen math je kalau kau nak tawu 😀 tusyen lain memang aku yang ponteng. Sampai satu mase aku pernah dapat “highest” math dalam sekolah ! haaa gempak tak gempak lah kan? Mase tu markah aku 98% tak silap. Perghhh mase tu memang heaven gile ! dia punye seronok, tuhan je yang tahu. Padahal aku kelas belakng dekat sekolah, bukan kelas pertama pun, tapi aku bole kalahkan budak kelas depan. Hehe tawu kan betapa happynye aku mase tu. 🙂

Jap cite pasal awek pulak..Haaa mase aku darjah 6, aku ade minat sorang budak perempuan taw, anak ustazah. Name nye dirahsiakan, tapi aku rasa budak kelas aku mesti tawu sape. Hehehe aku minat dia sangat, muke comel, solehah pulak tu. Tgok muke dia tenang  je. Haha jarang aku tak minat kan, tapi ! aku sekali pun tak pernah nak tegur dia. “hye !” pon tak pernah, aku ni pemalu gile ! haha aku pendam je perasaan tu. Okay abis dah…Sampai masanye, upsr pon sampai. Haaa esok nak upsr ni, aku releks lagi, petang tu bukan study pon, aku pegi main bola. Malam tu ingat aku study? Haha harapan lah, aku tak study sangat pun. Bole katakan mase upsr ni aku hanya pegang buku math. Itu pon satu hari aku rase bape minit je. Haihhh -,- teruk kan? Hehe upsr ni 1st exam besar dalam hidup aku. Mak abah memang jaga aku macam raja, sakit sikit, haaa terus mak abah ubatkan.

Okay ni cite mase nak amik result upsr pulak, haaa lagi lah cuak sebenanye. Pagi bangun macam biasa. Pegi sekolah dengan mak, dalam pukul 9 gitu pegi lah kat dewan sekolah..mase tu semua budak kene beratur ikut kelas.. pengetua naik bagi ucapan, then dia umumkan budak yang 5A. Like usually budak 5A kebanyakkan dari kelas pertama. Mase tu memang aku buat tak dengar je. Sebab tak target sngat pun nak dapat 5A tu. Sampai 4A, aku pun buat dont know je. Tibe-tibe name aku bole naik ! ya Allah terkejut aku. Aku target aku dapat 3A je taw. Haha alhamdulillah ni rezeki Allah. Aku naik pentas amik slip tu, turun pentas aku terus menangis. Fuhh ! serious terkejut. Nangis yang amat sangat ah. Then lepas selesai semua tu, cikgu suruh naik pentas amik gamba, aku tak nak. Tak tawu kenapa. Hehehe aku terus pegi dekat kantin jumpe family aku, orang 1st yang tawu aku dpat 4A ialah JOL(abng kedua aku) haaa..second abah n then mak.haa abah aku nangis taw aku dapat 4A, perghhh Allah je yang tawu mcm mane perasaan aku mase tu. Sangat happy bile tengok mak abah aku happy. 🙂

Malam tu family aku pegi makan luar.. seafood tak silap aku. Family aku memang gitu, kalau ade pape ke, haaa malam tu mesti pegi makan luar 😀 best sangat ! 4A? Tawu aku mintak mak aku ape untuk hadiah 4A tu? Ahaha aku mintak PS2 ! mase tu PS2 ah paling naik. Dalam selang bape hari, mak aku terus bawak aku pegi Angsana,Johor Bahru nak belikan aku PS2. Hahaha ape lagi, malam tu mamang tido lambat lah aku kan. Lantak main game dengan abng aku ape semua. Aku jaga betul taw PS tu, abis main masuk kotak ! haaa barang baru kan. Jaga macam ape. Hehe

SEKOLAH MENENGAH

Haaa ni pulak cerita mase aku nak masuk sekolah menengah.. mase aku form 1, akak aku yang syida tu form 5, dia sekolah dekat Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Bandar Penawar (SMKABP) dekat Kota Tinggi, tu sekolah asrama, aku macam berminat nak sekolah sane, mak abah pun sokong aku nak masuk sane. After result upsr tu, aku pon pegi lah JPN untuk mohon masuk sekolah tu. Kebetulan, pengetua sekolah SMKABP tu kawan ayah aku dari sekolah rendah lagi, so ayah aku mintak tolong dia tarik aku masuk sekolah tu. Hehe Minggu pertama sekolah, aku still dekat Pasir Gudang 1. Dekat je dengan rumah aku. Masuk minggu ke dua aku pun dapat surat masuk smka, haaa ape lagi. Jumpe cikgu sekolah PG1 tu, cakap nak pindah. Barang nak masuk asrama aku dah kemas lame dah sebenanye, sabun, baldi, syampoo, ape semua lama dah aku beli. Dah standby nak masuk ostel. Haha semangat betul aku nak masuk sane. 21 Januari aku masuk sekolah SMKABP.

Masa masuk sane, semua bende orang yang settle kan. Aku kan takde kawan kan dekat sane, so akak aku suruh aku masuk dorm kawan baik dia Izzudin Syafii.Dorm H.haaa tu lah dorm pertama aku.  Tu cerita dekat dorm, dekat kelas pulak Mase form 1 aku masuk kelas 1 Zahrawi. Mase masuk je kelas tu, aku risau pasal kerusi, sebab aku ni lambat kan.. aku risau je aku duduk belakaang sekali. Tapi ! aku masuk je kelas tu, aku nampak meja kosong betul-betul dekat depan. Baris depan sekali.. haaa aku pun tanya budak sebelah tu, name dia Amirul Afif(apip). Dia kata takde orang, aku ape lagi, duduk je lah kat situ. Minggu pertama aku memang bual dengan apip je lah. Dia paling dekat dengan aku kan.. haaa dia lah ajar aku sikit-sikit pasal bahasa arab ni.. thankz pip 🙂

Aku rase dekat sebulan jugak dekat sane baru aku bual-bual dengan budak lain. Pemalu tahap shot.. padehal bukan ade budak perempuan pon kat sane, tapi aku punye malu. Fuhhh ! mengalahkan perempuan. Haha kalau nak tawu, minggu pertama aku kat sane, aku punye life macam aku sorng je ! pegi mane sorang-sorang, pergh ! serious bosan. Tips aku bagi kalau naak duduk asrama : Cari kawan ! haaa kalau takde kawan, serious kau tak bole hidup dekat asrama ni. Memang rase sunyi, bosan n so on.. tapi ingat ! kau kene pandai cari kawan. Aku rase kawan of the year mase aku form 1 ialah Sidiqi, haha aku same kelas dengan dia, ostel pon same dorm. Thankz Diqi ! haha . Haaaa ni nak cerita pasal ostel, asrama aku memang ade hantar dobi setiap dua hari sekali. Tapi oleh kerana akak aku sekolah tu jugak, haaa setiap hujung minggu aku akan hantar baju aku dekat dia, nanti dia yang akan basuh 😀 muehehe baik kan akak aku ni? Haha setiap minggu sepanjang setahun aku rase. Hehehe akak aku kat sane kire top ah 😀 sebab dia ni kire best student, exam mesti top 10 ! so orang kenal aku pun sebab dia, haha aku tiap malam pegi kelas dia amik duit. Hahaha 😀 manje pun manje aku mase tu.

Then masuk form 2, haaa akak aku dah takde dah. Tahun tu lah aku beru start berdikari. Berdikari? Puiiii haha tahun tu bru aku belajar basuh baju sendiri, bukan tak nak hantar dobi, tapi kalau basuk dobi dia kadang-kadang tak bersih sangat lahhh, maklum lah, banyak kan baju yang dia nak basuh. Haaa so baju macam tshirt, seluar track je aku hantar ke dobi. Gitu lah life aku dekat ostel. Sampai lah form 3. Bende yang same dibuat berulang kali. Haha Sepanjang aku duduk hostel ni, aku rasa mak abah aku paling banyak kali datang. Serious tak tipu, sebulan dua kali ade  mak aku datang. Lagi-lagi mase aku nak pmr, haaa mak aku sibuk dengan niaga, tapi diorang still spend time untuk datang asrama jenguk aku kat asrama ni. Haihhh -,- tu lah kan, pengorbanan mak abah. Tak kan dapat aku nak balas jasa mak abah aku. Sangat besar.

Tahun tu kan aku pmr. Haaa serious mase pmr aku macam takde rasa ape-ape. Takut tak, ape tak. Belajar tu tetap belajar, tapi tak de rasa takut. Hehe teruknye aku ni. Mungkin sebab aku banyak main lah tahun tu. Banyak-banyak subjek, yang paling aku banyak main ialah subjek bahasa arab, perghhh ! 3/5 kelas bahasa arab aku tido. Hahaha 😀 arab ni aku tak minat sbb banyak hafal, cikgu aku suke suruh aku hafal . hmmm aku ni bukan kaki menghafal. Memang tak lah aku nak jafal kan? Haaa nak pmr aku still releks. Takde perasaan aku mase tu. Haa time pmr, haaa cikgu pilih budak-budak untuk baca doa. Hahaha dan name aku tersenarai ! fuhhh mati aku nak baca doa kat depan. Mane ade cuak aku. Kalau tak silap mase tu subjek KH yang aku kene baca doa. Orang lain baca doa semua pegang text dekat tangan. Tapi aku tak ! kalau aku pegang aku akan lagi nervous ! so aku amik keputusan, aku baca doa sendiri, antara doa aku mase tu “ya Allah, kau ampunilah dosaku seperti mana kau ampuni dosa anjing ashabul khafi..ya Allah, kau bantulah kami seperti mane kau bantu perang Badar ya Allah” haaa tu antara doa aku mase tu. Aku dapat doa ni dari sorang ulama’ Malaysia. Aku tak ingat lah name dia..Alhamdulillah aku selesaikan tanggungjawab aku. Lepas satu papaer, satu paper habis.

mohamad-hazim-kamaruzaman-smka

Ni gamba budak kelas aku mase form 3 dekat SMKA 😀 semua ensem aku tawu. hahaha

mohamad-hazim-kamaruzaman-smka-2

Dari kiri Wakteh, aku and Aizat. Mase ni saje je, tengah bosan. haaa ni lah jadinye. Muke aku mase form 3, hahaha 😀

Seminggu lepas abis paper pmr, aku terus cabut dari sekolah. Aku balik rumah ! hahaha aku tawu mesti bosan dok hostel, baik aku duduk rumah. Hehe balik rumah, macam biase, sekolah ade lagikan, haa aku tolong lah mak abah sikit-sikit dekat kantin tu hah. Mase akhir tahun tu, aku teringin sangat nak masuk madrasah. Aku nak jadi hafiz Quran. Ade niat nak jadi, so aku try lah masuk dekat Madrasah Miftahul Ulum dekat Dengkil. Nak masuk sane kene ade temuduga, tak senang n tak susah. Temuduga dia nanti dia bual-bual dengan kau, then dia bagi mase suruh kau hafal beberapa potong ayat.haaa aku lepas teuduga tu. Lepas seminggu, surat pun datang kat rumah, aku layak masuk sane. Then , Masuk sane macam biasa, lapor diri, then dia bagi kelas. Minggu pertama tak buat ape, lepas tu baru start belajar, haaa belajar pasal huruf je awal-awal ni. Belajar sebutan huruf dulu. Kalau dah lepas barulah start hafalan. Actually niat aku nak masuk sane sampai abis, tapi aku tak kuat. Aku tak bole nak abiskan hafiz. Serious bukan senang nak jadi hafiz yang berkualiti ni. Sangat susah, hati kene kuat. Macam-macam dugaan akan datang dekat budak hafiz ni. Nampak macam senang, tapi. Haaa agak mencabar. Dugaan nye memang lah sangat kuat. Aku kat sane dalam sebulan lebih tak silap, aku terus keluar madrasah tu. Hehe

Tak lame lepas tu result pmr keluar, haaa ni yang malu nak cerita, aku dapat 3A je ! fuhhh dah la 3A je. Arab aku D. Ingat nak jugak lah sambung belajar smka, tapi apakan daya, kalau arab D, memang tak bole sabung belajar sane. Haaa balik amik result tu aku terus pikir nak masuk sekolah mane lepas ni. Aku ingat nak masuk sekolah Dato’ , tapi tak bole. Sekolah tu dah susah nak masu. Pilihan kedua nak masuk sekolah PG1, tapi lastly mak aku masukkan aku dekat sekolah Pasir Gudang 3. Mak aku pilih sekolah tu sebab dekat dengan sekolah yang mak aku berniaga tu hah. Senang sikit mak aku nak anta amik kan. Form 4, kire dah besarkan mase tu, masuk sekolah baru yang aku sendiri tak de kenalan dekat sekolah tu. Perghhhh ! memang ah perit. Haaa tak kenal sape-sape kot.

Masuk form 4, ade orentasi sikit. Then cikgu bagi bagikan kelas. Aku dapat masuk kelas (4IT1) kelas ni amik subjek ICT,ADDMATH,AKAUN,PERD. Haaa semua sekali 10 subjek. Aku suke kelas ni sebab ade akaun. Haaa hari 1st dekat kelas tu ade peristiwa yang sangat-sangat bengang ! hahaha satu hari mase cikgu tengah mengajar dekat depan, tibe-tibe bunyi ringtone phone ! haaaa aku buat bodoh je, ingat phone cikgu. Tapi bile aku dengar betul-betul, bunyi tu sebiji macam bunyi ringtone mak aku. Pas tu aku baru teringat yang pagi tadi aku terbayak phone mak aku n aku letak dalam beg !. haaaa amik kau, mane ade cuak aku mase tu. Dengan muke tak bersalah, aku pun slow-slow amik phone tu dalam beg. Haaa cikgu terus datang dekat aku.. budak-budak kelas tu ape lagi, terus tengok aku.. hahaha mane ade malu aku, perghhh serious bengang gile, dah la aku ni budak baru, bawak phone pulak tu. Aduhhhhh… benganag, haha selamat budak-budak kelas tu okay. Diorang backup lah sikit aku. Haa kalau tak aku rase cikgu dah rampas dah phone tu. Haha cerita phone ni sampai aku form 5 jadi bahan gelak dah kelas tu. Hahaha

mohamad-hazim-kamaruzaman-4it1

Ni gamba kelas aku mase form 4. haha aku yang barisan atas sekali yang ke empat dari kanan 😀

Mase form 4 aku rase aku rapat dengan Muzamel , Bad, dengan Nuar. Haa tapi the mostly yang aku rapat. Bad kot. Sebab aku join rugby sekolah tu, dia pun budak rugby. So memang aku bual-bual ape semua dgn dia lah. Sampai lah masuk form5. Form 5 aku aktif sukan sikit lah, main rugby, bowling. Dua-dua ni aku masuk daerah. Haaa tournament bowling kau number 11 dari 200 lebih. Haha dapat pingat taw, jangan main-main. Haaa lawan rugby aku dapat number 2. 1st time aku masuk tournament ! time tu menang terus. Hahaha

mohamad-hazim-kamaruzaman-bowling-5

Gamba aku dekat kantin sekolah sebelum pegi tournament. haaaa ni mesti tengah cuak 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-bowling

Gamba aku mase tournament bowling tu 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-bowling-6

Team bowling sekolah aku. Alhamdulillah semua bawak balik piala 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-rugby7

Ni gamba aku dengan bad and abah mase tournement rugby 😀 haaa first game katenye, masih bole tersenyum, hAhaha

mohamad-hazim-kamaruzaman-rugby-2

ni tengah nyanyi lagu sekolah, time ni final lawan sekolah Pasir Gudang 2, hujan wei mase ni. haaa memang seronok 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-bowling-7

haaa teka aku yang mane? hahaha 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-rugby-3

ni hah team rugby SMKPG3 tahun 2012 😀 naib juara daerah Pasir Gudang.

Okay ni pulak mase tengah tahun, aku dapat kawan rapat baru, Raja, Rin, Apar. Tiga orang ni haaa kelas aku, lagi sorang Fit, dia kelas lain, kitorang selalu function same J lepak Mcd, Tasek, KFc. Sampai lah dekat nak spm. Study sesame n so on. Diorang ni banyak bagi bende baru dalam hidup aku. Haaa diorang ni baik, serious tak tipu. Diorang sangat hormat kawan-kawan. Aku respect hubungan diorang dengan kawan n diorang jenis hormat orang tua, haaa sebab tu aku bole kawan dengan diorang 😀 Makin nak SPM, makin rapat kitorang, study same. Malam-malam lepak rumah sesape, then study. Fuhhh rindu gile mase study memalam dengan diorang -,- mungkinkah bende ni berulang? Hmm tuhan je tahu macam mane aku rindu saat-saat macam tu.

IMG_2608

Dari kiri Rin,Fit,Apar and lastly Raja 😀 hensem kan geng aku ? haahaha tu tak penting, yang penting diorang baik 🙂

mohamad-hazim-kamaruzaman-5it1

ni Gamba mase jamuan kelas 5it1 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-sekolah

haaa nilah image aku ke sekolah mase form 5. hahaha

And now, 27 Feb 2013, aku tengah menganggur sambil tunggu result SPM, Raja pulak tengah PLKN, Rin pulak same macam aku, Apar? Haaa dia maju sekarang, berkerja 😀 fuhhh hebat dia ni. Hahaha 😀 sekarang menghitung hari je nak amik result, dengar-dengar 20March ni. Haaa doa-doa je lah aku sekarang 😀 hope result ni tak mengecewakan family aku. Doakan aku geng? Okay lah, tu je kot cite pasal pengejian aku dari tadika sampai sekrang. Untuk universiti, aku akan buat untuk post 😀 bye semua. Sekian Wasalam 😀

mohamad-hazim-kamaruzaman-pengajian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s